MISI
- Mewujudkan suasana kelas dan makmal yang menarik dan dapat memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran Sains. - Memastikan sistem pengurusan bersistematik dan efisien untuk pembaharuan serta
penambahbaikan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. - Membina pasukan pendidik Sains yang komited, berpengetahuan dan profesionalisme
dalam bidang Sains untuk melahirkan murid celik Sains dan Teknologi menyahutkan
cabaran dalam era teknologi. - Memastikan dapat melahirkan murid yang cemerlang dalam akademik dan aktiviti ko-
kurikulum dalam bidang Sains. - Memastikan dapat melahirkan murid bestari yang boleh berfikir secara logik,
rasional, inovatif, kreatif dan kritis.
MATLAMAT DAN OBJEKTIF
- Merancang dan mengurus aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum yang berkaitan dengan
bidang Sains. - Memberi kerjasama kepada pihak pentadbir dalam perancangan dan pengurusan
aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum yang berkaitan dengan bidang Sains. - Menyemai sikap dan semangat positif dan ingin tahu (belajar, berfikir dan
membaca) terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains di kalangan murid dan guru. - Mewujudkan pasukan guru membuat perancangan yang sistematik dan teratur dalam
mengurus aktiviti pendidikan Sains. - Mengkaji keperluan untuk menyempurnakan aktiviti bimbingan, kelas tambahan,
program pengayaan bagi meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah murid. - Membantu dalam pemilihan buku teks, bahan pusat sumber,bahan bantu mengajar,
bahan dan radas makmal yang berkaitan dengan pendidikan Sains untuk menyokong
pengajaran dan pembelajaran Sains. - Menyebarkan maklumat terbaru mengenai pendekatan Sukatan Pelajaran, Huraian
Sukatan baru kepada guru Sains. - Meningkatkan dan mempelbagaikan usaha untuk memperluaskan amalan penggunaan
Bahasa Inggeris dalam bidang Sains di kalangan murid dan guru. - Mengenal pasti masalah dan kelemahan murid dalam penggunaan Bahasa Inggeris serta
mencari langkah-langkah untuk mengatasinya. - Membantu menyelaras hal-ehwal peperiksaan dan persediaan kertas soalan Sains
mengikut skema peperiksaan sebenar. - Melahirkan murid yang mempunyai nilai-nilai murni dan berakhlak mulia.