08 September 2009

PROGRAM ZONING PPSMI


Pn. Mariah, Cik Ho Nyuk Yi dan En. Ng Kong Hin semasa sesi pemantauan di SM St. Michael. Pn. Mariah dan Cik Ho sedang mengisi borang pemantaun, manakala En. Ng memeriksa buku rekod mengajar.


Pn. Mariah wakil daripada sekolah kita untuk membentangkan hasil pemantauan P&P salah seorang guru yang mengajar mata pelajaran Biologi pada hari tersebut. Hasil pemantauan tersebut amat memuaskan hati pihak tuan rumah kerana komen yang diberikan amat membina dan lebih kepada pujian kepada guru yang dipantau...........tahniah.

Pengetua Kanan SM St. Michael En. Leong Kwok Cheong menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada Pengetua SMK Sandakan Pn. Hjh. Rodiah Hj. Ahmad Untong sempena lawatan Zon PPSMI 2009. Sekolah kita berasa amat bertuah dapat melawat sebuah sekolah yang sedang dinaiktarafkan darisegi struktur sekolahnya di bawah pimpinan mantan pengetua sekolah kita ini.


Kami juga dihidangkan jamuan makan setelah selesai sesi Lawatan Zon di sekolah ini. Menunya seperti biasa makanan kegemaran En. Leong Kwok Cheong, sudah pasti Mi Kari Makcik Wong. Kelihatan semua guru gembira dengan hidangan pada hari itu.

07 September 2009

MINGGU SAINS 2009

Minggu Sains pada tahun 2009 berlangsung mengikut Takwim iaitu bermula pada 21 April (Selasa) hingga 23 April 2009 (khamis) . Sambutan daripada pelajar dan guru-guru amat menggalakkan. Antara pertandingan yang dirancang adalah pertandingan Electrobuzz, Floating Ship, I.Q Test dan Pelancaran roket. Pameran juga ada diadakan selama 3 hari ini mengikut sesi pagi dan petang pada waktu rehat sahaja.

EMS COURSE 2009


Guru yang menghadiri kursus ini adalah terdiri daripada semua guru yang mengajar matapelajaran Sains Teras, Sains Tulen dan Matematik. Semua guru berusaha menggunakan Bahasa Inggeris untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Fasilitator pada kursus ini. Program ini berlangsung sepanjang tahun dan dikendalikan oleh guru-guru Bahasa Inggeris dan guru Sains serta guru Matematik yang memang mahir menggunakan Bahasa Inggeris. Pengalaman semua guru yang menghadiri kursus ini adalah sangat membantu dan memberi keyakinan untuk menggunakan Bahasa Inggeris sepanjang P&P mengikut mata pelajaran masing-masing.